Aplikasi Pangkalan Data Murid Atas Talian
By halim on Feb 21, 2012 | In Background
Pengemaskinian info murid dilanjut sehingga 28 Februari 2012
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina Aplikasi Pangkalan Data Murid yang mengambil kira profil murid dan penjaga. Pelaksanaan Pangkalan Data Murid ini adalah untuk menjadikan ia sebagai satu pangkalan data utama bagi data murid yang boleh diguna pakai oleh semua aplikasi di KPM.
Guru-guru Kelas perlu melaksanakan pengemaskinian data ini serta merta dan ianya hendaklah dibuat secara berterusan supaya data yang ada sentiasa kemaskini.
Tindakan segera perlu dibuat oleh Admin dan Guru kelas Guru Kelas: 1. Pastikan bilangan murid dalam kelas mencukupi. 2. Kemaskini dahulu maklumat murid untuk kegunaan SAPS dalam masa terdekat ini. 3. Maklumat ibu/bapa/penjaga boleh dibuat kemudian sekiranya ada masalah pengisian No. KP (terutama No. KP Tentera /Polis / No passport) Admin: 1. Sekiranya guru kelas telah siap kemaskini bilangan murid dan maklumat murid dalam kelas masing-masing, Admin dikehendaki mengesahkan kelas tersebut dengan segera. Data ini akan digunakan dalam Aplikasi SAPS. 2. Maklumat ibu/bapa/penjaga boleh dikemaskini kemudian sebelum 24 Februari 2012. Kelas Pra Sekolah Data murid pra sekolah (sedia ada) tidak perlu dikemaskini. Kelas pra sekolah yang baru tidak perlu diwujudkan dalam APDM (Tambah Kelas)
| « Kejohanan Hoki bawah 12 tahun MSSK. | MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2011 » |
























