SBPA Ditangguhkan Secara Rasmi!!! Disahkan Oleh Cuepacs Atas Keputusan Kabinet Malaysia!!
By halim on Jan 12, 2012 | In Background
Penangguhan SBPA (sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) adalah di antara alasannya ialah :
Ramai kalangan kakitangan awam yang tidak berpuas hati dengan skim SBPA ini
Tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja)
Peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi di mana terdapat dakwaan kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi, sehingga mencecah 50 peratus
1.4 juta kakitangan tidak menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA
Terdapat dakwaan ada kakitangan awam yang dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji
Beberapa parti politik juga menggesa kerajaan menangguhkan SBPA atas alasan mengabaikan kepentingan kakitangan kumpulan rendah, yang merupakan dua pertiga saiz kakitangan awam.
| « APLIKASI PANGKALAN DATA MURID ONLINE yang baru | HARI KELEPASAN AM TAHUN 2012 BAGI NEGERI KELANTAN » |
























