Aplikasi Pangkalan Data Murid Atas Talian
By halim on Feb 21, 2012 | In Background
Pengemaskinian info murid dilanjut sehingga 28 Februari 2012
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina Aplikasi Pangkalan Data Murid yang mengambil kira profil murid dan penjaga. Pelaksanaan Pangkalan Data Murid ini adalah untuk menjadikan ia sebagai satu pangkalan data utama bagi data murid yang boleh diguna pakai oleh semua aplikasi di KPM.
Guru-guru Kelas perlu melaksanakan pengemaskinian data ini serta merta dan ianya hendaklah dibuat secara berterusan supaya data yang ada sentiasa kemaskini.
Tindakan segera perlu dibuat oleh Admin dan Guru kelas Guru Kelas: 1. Pastikan bilangan murid dalam kelas mencukupi. 2. Kemaskini dahulu maklumat murid untuk kegunaan SAPS dalam masa terdekat ini. 3. Maklumat ibu/bapa/penjaga boleh dibuat kemudian sekiranya ada masalah pengisian No. KP (terutama No. KP Tentera /Polis / No passport) Admin: 1. Sekiranya guru kelas telah siap kemaskini bilangan murid dan maklumat murid dalam kelas masing-masing, Admin dikehendaki mengesahkan kelas tersebut dengan segera. Data ini akan digunakan dalam Aplikasi SAPS. 2. Maklumat ibu/bapa/penjaga boleh dikemaskini kemudian sebelum 24 Februari 2012. Kelas Pra Sekolah Data murid pra sekolah (sedia ada) tidak perlu dikemaskini. Kelas pra sekolah yang baru tidak perlu diwujudkan dalam APDM (Tambah Kelas)
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2011
By halim on Feb 16, 2012 | In Background
Tarikh:14 feb.2012
Dewan IKBN Tangok, Bachok Kelantan.
Sebanyak 7 buah sekolah daripada 10 buah kelas Prasekolah dalam daerah Machang telah berjaya diberi pengikhtirafan Penarafan Kelas PraSekolah Berbintang Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2011.
Sekolah-sekolah tersebut ialah:
Sk Mata Ayer : Pn Zalina Bt. Adam
Sk Pangkal Nering : Pn Junaidah bt. Zakaria
Sk Labok : Pn Zailiusmati bt. Mohamad
Sk Temangan : Pn Hamidah bt. Taib
Sk Paloh Rawa : Pn Asnida bt. Mohamad
Sk Machang 1 : Pn Harimi Zarimi bt. Razak
Sk Hamzah 2 : En Hussin b. Ismail
PraSekolah Sk Mata Ayer juga telah berjaya menggondol Anugerah Khas PraSekolah Berbintang(Top 5) peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2011.
Antara Pencapaian Lain PPD Machang.
Guru Cemerlang: Sk Pangkal Nering ;Pn Junaidah Zakaria
PPM Cemerlang: Sk Pangkal Nering; Pn Norhidayati Che Wil
Pencapaian tersebut juga merupakan satu 'Lompatan Saujana' bagi unit Pra PPD Machang jika dibandingkan dengan pencapaian tahun 2010 iaitu hanya 2 kelas Pra sekolah sahaja yangberjaya merangkul pengikhtirafan tersebut.
Sektor Pengurusan Akademik JPN Kelantan
By halim on Feb 6, 2012 | In Background
Kursus ICT Literacy Year 5
By halim on Feb 2, 2012 | In Background
Profil Murid Pada Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian
By halim on Feb 2, 2012 | In Background
Official : Kementerian Pelajaran Malaysia Arahan Pengemaskinian Profil Murid Pada Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam//2012/1327886946.pdf www.moe.gov.my
BICARA INTELEK GURU DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT PPD MACHANG 2012.
By halim on Feb 1, 2012 | In Background
APLIKASI PANGKALAN DATA MURID ONLINE yang baru
By halim on Feb 1, 2012 | In Background
SBPA Ditangguhkan Secara Rasmi!!! Disahkan Oleh Cuepacs Atas Keputusan Kabinet Malaysia!!
By halim on Jan 12, 2012 | In Background
Penangguhan SBPA (sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) adalah di antara alasannya ialah :
Ramai kalangan kakitangan awam yang tidak berpuas hati dengan skim SBPA ini
Tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja)
Peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi di mana terdapat dakwaan kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi, sehingga mencecah 50 peratus
1.4 juta kakitangan tidak menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA
Terdapat dakwaan ada kakitangan awam yang dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji
Beberapa parti politik juga menggesa kerajaan menangguhkan SBPA atas alasan mengabaikan kepentingan kakitangan kumpulan rendah, yang merupakan dua pertiga saiz kakitangan awam.
HARI KELEPASAN AM TAHUN 2012 BAGI NEGERI KELANTAN
By halim on Jan 5, 2012 | In Background
Jabatan Pelajaran Kelantan (Sektor Pengurusan Akademik)
By halim on Jan 5, 2012 | In Background
Kem Robotik Peringkat Kebangsaan di Sek.Keb.Kandis, Bachok ,Kelantan
By halim on Oct 23, 2011 | In Background


































